Misi
"Misi kami adalah untuk melestarikan bukti sejarah dan artifak nusantara, menyampaikan naratif warisan kepada masyarakat, serta mengangkat ilmu sejarah sebagai tunjang kegemilangan tamadun bangsa buat generasi akan datang."
Visi
"Menjadi peneraju utama dalam pelestarian dan penyebaran kebenaran sejarah serta tamadun Melayu sebagai rujukan warisan Nusantara yang sahih dan berintegriti."
Objektif Strategik PSWN
Dalam mencapai matlamat penubuhan, Persatuan Sejarah Warisan Nusantara (PSWN) menetapkan objektif-objektif berikut:
1. Pelestarian Warisan & Persuratan Sejarah
"Menerajui usaha memelihara dan memulihara khazanah warisan zaman-berzaman melalui pengkajian sejarah Nusantara secara saintifik dan akademik bagi menjamin kelestarian fakta yang sahih serta relevan."
2. Pembangunan Jati Diri & Modal Insan
"Melahirkan ahli persatuan sebagai modal insan berjati diri, berintegriti, dan berintelektual tinggi yang berpaksikan adab serta adat resam Nusantara yang luhur demi berbakti kepada negara dan mampu berdaya saing di peringkat global."
3. Kesedaran & Patriotisme Masyarakat
"Memupuk rasa cinta yang mendalam terhadap sejarah Malaysia dan Nusantara dalam kalangan ahli serta masyarakat umum melalui perkongsian ilmu warisan yang berterusan demi mewujudkan bangsa yang berilmu dan menghargai sejarah lampau."
4. Platform Aktivisme & Kolaborasi
"Menjadi wadah penggerak utama bagi para pencinta warisan untuk berkumpul dan menyumbang tenaga secara kolektif melalui penganjuran aktiviti sejarah yang berimpak tinggi, sekali gus melahirkan ahli yang berwibawa dan bertanggungjawab dalam kepimpinan persatuan."